Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.