Friday, April 30, 2010

Gambar-gambar bayi-bayi yang dibuang..

Gejala buang bayi

Sunday, April 25, 2010

Adik-Beradik

Semalam, hari ahad aku ke Kuala Lumpur, semata-mata untuk ambil dokumen pelepasan dari blacklist.Dokumen tu perlu ditandatangani dan hantar salinan ke oehabat guaman untuk pembatalan pembicaraan pada bulan mei yang akan datang. Betapa besar pengorbanan kami untuk adik-beradik.Semoga di sana mendapat balasan setimpal.

Saturday, April 24, 2010

BLACK LIST (SENARAI HITAM)

Aku di senarai hitam..sebab..syarikat abang ipar aku gulung tikar..dan aku, jadik penjamin untuk lori syarikat itu, sebenarnya tanpa pengetahuan aku. KES ini dah settle..abang aku bayar rm12,500..harga ini pun sebenarnya 50% diskaun dari AM Bank...Allamdullilah

Monday, April 19, 2010

SABTU-AHAD .17 &18 april at Emerald Puteri Hotel. Sungai Petani Kedah.

Aku baru balik dari Sungai Petani Kedah..pergi hari sabtu balik hari ahad..sampai rumah lebih kurang pukul 8.30pm..Kat sana aku stay kat Emerald Puteri Hotel..bilik no 710 ..anak2 aku bilik 712..view bilik menghadap bandar Sg petani..dan Parkson..Giant..malam lepas..window shopping kat Parkson..aku, along dan acik makan kat KFC..then balik bilik..tunggu hubby aku..settlekan urusan rasmi ofis......jumpa operator dia, sakit tulang belakang..kebetulan pulak dalam perjalanan hubby aku dapat call..dari kerani dia kat Sungai Petani yang suami staff dia meninggal dunia sakit jantung..so hubby aku ziarah staff tu sekali..bagi duit sumbangan peribadi then baru dia pergi ke rumah staff yang sakit tu..anak aku yang bongsu bagi tahu kat aku yang rumah dia kipas pun tak ada..orang susah..wife dia kerja as a cleaner..anak lima orang, 4 masih bersekolah..emm nasib badan..

Thursday, April 15, 2010

Paa

Paa filem lakonan Abhishek Bachchan dan Amitha Bachchan sebuah filem yang romantik dan sedih...Amol watak Abhishek sebagai bapa kepada Amitha Bachchan yang memegang watak sebagai Arol...Arol menghidapi penyakit Progeria penyakit misteri yang meyebabkan tua sebelum waktunya. Arol anak luar nikah dari cinta romantis dua student medical dan politik...Vidyia...mama Arol menggandungkan Arol tanpa bapa dan membesarkannya dengan bantuan ibunya sendiri penuh kasih dan sayang...pada usia 12 tahun Arol berjumpa Amol politician yang berjaya pada majlis penganugerahan tanpa menyedari yang Amol adalah bapanya...pengajaran filem ini ialah kesilapan kita akan menyebabkan hati anak2 terluka..bastard..perkataan yang menyakitkan hati....jauhi zina...yang mengakibatkan menggandung anak luar nikah dan sengsara pada diri sendiri dan anak...yang di kandung........

Anakku Sazali..

Malam tadi aku menonton filem hebat arwah P. Ramlee..entah untuk keberapa kali..Anakku Sazali..filem yang hebat ini penuh dengan message...anak..jangan dimanja...bak kata orang tak bertempat...bak kata pepatah pulak, umpama menatang minyak yang penuh...akibatnya..hancur..rotan anak..di tapak kaki untuk mendenda....

Wednesday, April 14, 2010

Ahad 11 April 2010..

Abang ipar aku bertandang ke rumah aku buat pertama kalinya..bersama dengan anak sulung, cucu dan suami anak buah aku...aku order nasi minyak, kuah dal, paceri terung..rubi jiran aku yang jadi catere pada hari tu...kak ton kg gadong masak kan ayam redang negeri sembilan...entah...kena dengan selera keluarga abang ipar aku? abis tu kita orang bertandang kerumah ibu mertuaku...emak buat capati dengan kari ayam..mmmm sedap...

Friday, April 9, 2010

SLIDING DOOR ( Drama sebabak)

Bila besar nanti..kalau mama datang jumpa abang..abang bilang tidak mengenali kamu..siapa..kamu..!. "Oh kamu anak si tanggang moden ya.".bilang mama..sambil kami gelak sama2..lalu abang mencapai pisau dan mengugut hendak dicucuk di perutnya yang sedia boroi itu...namun mama terus bermain-main..enggan melayan perbuatan bodohnya. Abang lantas menendang sliding door dengan kuatnya...pecah sliding..yg kedua...dalam masa seminggu...Yang pertama pecah bila abang dan adik bermain bola kelmarian...kesian mama..lantas mengambil wuduk dan solat...namun doa mama pendek....Mama marah sama tuhan?..

Wednesday, April 7, 2010

Kuantan

Majlis Daerah Kuantan kena tambah papan tanda jalan...papan tanda yang ada kecil dan mengelirukan,,Teluk Cempadak...ombaknya kuat dan berangkai...yang ada anak kecik...becareful...Teluk Balok....pemandanganya jauh lebih cantik...aku kesana dengan family angah...

Friday, April 2, 2010

Kuantan 2 april 2010

Semalam lebih kurang pukul 5.30pm, aku sampai kat Kuantan buat pertama kalinya...Aku pegi dengan hubby dan anak2. Kita orang chek kat Hotel Grand Continental Jln Gambut. Book 2 bilik. The actual reason we came here is for attend ..my relatives wedding...at jln kubang buaya...

1 April 2010