Thursday, September 5, 2013

TIPS SIHAT

Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Nampaknyaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apabila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

------------------------------​------------------------------​--------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:
1- Membuka doa dengan  pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAW.
2- Mengakui dosa pada Allah swt
3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan bersabar  dalam meminta
4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa
5- Merendahkan suara dalam berdoa
6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)
7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia
8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta

No comments:

Post a Comment