Sunday, January 12, 2025

Tak faham agama

 Kisah benar

Walaupun sudah melayari rumahtangga selamat 29 tahun, tetap tak faham , kenapa mudah sangat , meluahkan kata- kata hanya kerana dia seorang suami. Semalam, dia cakap, aku tak faham agama , macam nilah perangai. Hanya kerana temankan anak, tidur. Bila nak masuk bila pintu kunci. 

16 Feh 25

Anak buah datang rumah dgn pekerja dia, untuk uruskn pasang Aircond seperti yg dijanjikn sblm ini. Bos keluar tabligh, so kebetulan x da rumah.

Anak buah tu pulak call and tanya aircond tu nk pasang kt mana. Bos suruh dinding sblh kanan . So nnti akan lalu piping aircond tu kt dinding kita share dgn Jiran.

Anak buah tu x buat, apa yg diberitahu, dia buat dinding bertentangan . Mengamuk bos mengamuk kt ank yg disuruh pantau tu. Hasil pun buruk😂. 

Wednesday, September 16, 2020

Belimbing Bukit.

 Botani : Oxalis barrelieri Linn. 

Juga dikenali sebagai Lavender Sorrel, Wood (english) Barrelier’s woodsorrel, trèfle, oseille-marron. (Italy).
👉Berasal dari India Barat dan Amerika Tengan dan Selatan.
Belimbing bukit milik genus Oxalis, yang menyebabkan rasa masam pada buah ,bunga dan daun. Dikatakan bahawa sebilangan kecil pengambilan dapat menyegarkan tubuh, dan pengambilan berlebihan menyebabkan ganguan pencernaan.

👉Khasiatnya: 
Keseluruhan pokok direbus sehingga mendidih.Air rebusan ini diminum 2 kali sehari utk menyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis.Air ini juga dipercayai berkesan utk merawat sakit buah pinggang,lemah jantung serta dapat menghilangkan dahaga.Buahnya yg segar boleh dimakan utk menurunkan tekanan darah tinggi.Buah yg hitam didapati lebih berkesan.

Cara-cara pengambilan👇

1) Jus Epal Belimbing Bukit
Bahan: 1 epal hijau, belimbing bukit 30g , jumlah air yang secukupnya.
Kaedah
: Gunakan pengisar untuk menghancurkan belimbing bukit dan epal hijau untuk diminum. Tapis dan minum dipagi hari sebelum sarapan.


Friday, January 8, 2016

Pengalaman membeli di 65Daigou

  65 Daigou adalah agent taobao yang berpusat di Singapura dan terkini di Malaysia.

Langkah pertama buka link 65daigou ini di bawah google chrome. Sebab Google chorme boleh translate bahasa cina ke bahasa english..but not 100%.
Then pilih barang yang hendak  dibeli.
 Pilih warna,saiz dan jumlah barang dan add barang di shopping chart.

Anda juga perlu pilih jenis shipping....(shipping method)

Shipping melalui laut mengambil masa sebulan pada harga rm 4,50.
 Shipping melalui economy air adalah pilihan terbaik sebanyak rm 6,50 (bergantung pada berat item).
Barangan seperti jam tangan, item yang mudah pecah anda perlu memilih "priority air".

Then click shopping chart, bila click anda boleh review barang .

Jangan lupa click right(√)  di kotak kecil sebelah sebagai persetujuan untuk membeli.
  
                        






Terdapat 2 jenis bayaran

1) Product payment + agent fee
                                      +domestic  shipping








2) Shipping payment,  contoh:




Kebiasaanya barang yang dipesan akan sampai dalam masa seminggu selepas membuat bayaran kos penghantaran.

Tips

1) Jangan terpedaya dengan barang murah.Biasanya barang murah mempunyai domestic shipping kos.

2) Untuk berjimat pilih barang yang tidak mempunyai domestic kos.

3) Pilih barang yang free agent fee

4)Pilih satu jenis shipping , supaya barang akan sampai sekaligus dengan bayaran delivery yang perlu dibayar sekali saja.

5)Belum tentu t'shirt yang di pamerkan boleh muat pada anda walaupun anda pilih saiz xl....




Anda lihat dan nilaikan...baju yang di beli..ketat..sebab modelnya bertubuh kecil..saiz lengan baju pun tidak sama.

6) Jangan beli item yang murah yang kita terdapat di Malaysia, anda akan menyesal.




seperti contoh di atas, saya spend lebih dari rm 15. Akhirnya saya dapat item yang rosak.( tidak melekat)

Pastikan anda benar2 faham sebelum membeli...

Wednesday, February 25, 2015

Tips Rumahtangga

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah,  InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .

 1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan  erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Kemas tempat tidur seperti bilik pengantin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan.
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada  ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
ialah baik dari segi sumbernya halal, berzat, dan bersih . Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan merosakkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir begini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.



KESELAMATAN

Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

KECANTIKKAN SEORANG WANITA

Ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa..
ALLAH membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia..
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..


ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..


ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah..
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..


ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan..
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..


ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya..
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..


ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya..
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu..


Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan..
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya..
susuk yang ia tampilkan..
atau bagaimana ia menyisir rambutnya..


Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..
kerana itulah pintu hatinya..
tempat di mana cinta itu ada..
tahun berlalu usia silih berganti namun hidupku...menyedihkan

Thursday, September 5, 2013

TIPS SIHAT

Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Nampaknyaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apabila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

------------------------------​------------------------------​--------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:
1- Membuka doa dengan  pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAW.
2- Mengakui dosa pada Allah swt
3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan bersabar  dalam meminta
4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa
5- Merendahkan suara dalam berdoa
6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)
7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia
8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta

MENGAPAKAH DOA TIDAK DIMAKBULKAN


Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Apabila Hidup Sentiasa Bermasalah

  Apabila hidup kita sentiasa bermasalah kembali pada diri sendiri, Muhasabah diri, pastikan anda 
⭐ solat, 
⭐ puasa,
⭐ tutup aurat,
⭐ keluarkan zakat dan 
⭐ taat pada ibubapa(walaupun bagaimana pun ibubapa kita sentiasa bersabar dengan mereka).
Jadikanlah solat malam sebagai ketagihan, kerana tahajud adalah panahan yang untuk segala kesulitan hidup.
 HIDUP KU MATI KU KERANA ALLAH TAALA.....



Tuesday, September 11, 2012

Panduan memilih sahabat dalam islam

Dalam bukunya, Ihya’ Ulumuddin atau Bimbingan Mukminin, Imam al-Ghazali menulis pesanan berikut sebagai panduan untuk kita memilih kawan atau sahabat.

Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Tuesday, September 4, 2012

Kisah Ulat


Apabila si ulat berfikir dia sudah malang dan tidak mahu hidup lagi, dia sudah pun menjadi rama-rama .
Begitulah apabila kita fikir kita sudah kecewa dan seolah-olah tidak mahu hidup lagi, kita sebenarnya sudah bahagia.


Tuesday, August 28, 2012

SEBAB DOA TIDAK DIMAKBUL ALLAH


Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Sunday, August 12, 2012

TETAP BERJALAN


Lirik Lagu Naff Tetap Berjalan Lyrics

Browse: /  /  / 
Hidup terlalu bengis saat kau coba terus ratapi
Hidup adalah perjuangan meski tak mudah kau taklukkan
* mana senyuman manismu dulu, tunjukkan itu padaku
Usaplah air matamu lalu bilang bahwa kau mampu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Reff:
Berjalanlah walau tertatih kawan
Hadapi dunia dengan senyuman
Di sini ku ada untukmu genggam tangan
Kita bersenang-senang
Repeat *
Repeat reff [2x]
(tetap berjalan kawan, aku ada untukmu tuk selalu
Di siniku ada untukmu, kita bersenang-senang)

Tetap Berjalan - Naff - Official Video Clip

Friday, May 4, 2012

Dahsyatnya Doa Ibu

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”.
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.
***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?” atau “bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata



luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.


Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.


Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

subahanallah.....Maha suci Allah.





Friday, March 30, 2012

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Friday, March 23, 2012

Kisah ibu mertua

Ibu : " Dulu kau janji kat emak nak bawak emak pegi cuti. Akhirnya kau pegi anak beranak, aku kau tak bawak".

Anak: "Emak mana aku ada janji".

 Ibu:   "Ada,aku dapat tahu kau pergi Langkawi "

Anak: "Emak kan dah banyak kali pegi Langkawi.

Emak: "Aku dah tak percaya dengan janji kau".

Thursday, March 22, 2012

ROTI ZEBRA

‎500 gm@ 41/2 cwn tepung roti. 2 tbsp marjerin. 2tbsp gulu. 2 tbsp susu tepung. 1 1/2 tsp garam. 2tbsp yis. 1 1/2 cwn air. Mix jadi doh pastu bhg 2. 1 bhgn campur dgn coco emulco. Canai doh. Lapiskan yg koko atas putih pastu gulung2.. Letak dlm loyang, biar +- 20 minit. Pastu bakar.