Wednesday, February 25, 2015

Tips Rumahtangga

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah,  InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .

 1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan  erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Kemas tempat tidur seperti bilik pengantin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan.
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada  ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
ialah baik dari segi sumbernya halal, berzat, dan bersih . Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan merosakkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir begini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.



KESELAMATAN

Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

KECANTIKKAN SEORANG WANITA

Ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa..
ALLAH membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia..
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..


ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..


ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah..
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..


ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan..
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..


ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya..
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..


ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya..
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu..


Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan..
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya..
susuk yang ia tampilkan..
atau bagaimana ia menyisir rambutnya..


Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..
kerana itulah pintu hatinya..
tempat di mana cinta itu ada..
tahun berlalu usia silih berganti namun hidupku...menyedihkan

Thursday, September 5, 2013

TIPS SIHAT

Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Nampaknyaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apabila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

------------------------------​------------------------------​--------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:
1- Membuka doa dengan  pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAW.
2- Mengakui dosa pada Allah swt
3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan bersabar  dalam meminta
4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa
5- Merendahkan suara dalam berdoa
6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)
7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia
8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta

MENGAPAKAH DOA TIDAK DIMAKBULKAN


Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Apabila Hidup Sentiasa Bermasalah

  Apabila hidup kita sentiasa bermasalah kembali pada diri sendiri, Muhasabah diri, pastikan anda 
⭐ solat, 
⭐ puasa,
⭐ tutup aurat,
⭐ keluarkan zakat dan 
⭐ taat pada ibubapa(walaupun bagaimana pun ibubapa kita sentiasa bersabar dengan mereka).
Jadikanlah solat malam sebagai ketagihan, kerana tahajud adalah panahan yang untuk segala kesulitan hidup.
 HIDUP KU MATI KU KERANA ALLAH TAALA.....