Thursday, December 23, 2010

Bayi Bermata Satu

Bayi ini dilahir kan di India dengan hanya memiliki satu mata di atas dahinya, Bayi malang ini  didiagnosis dengan sejenis penyakit yang jarang dihidapi iaitu kecelaruan kromoson,  yang dikenali sebagai cyclopia dalam isitlah perubatan . Bayi perempuan ini lahir dengan satu mata di dahi tanpa hidung,  dan otaknya berfungsi  pada satu belahan otak  sahaja.  Ianya adalah ajaib bayi tersebut dapat hidup walaupun hanya sehari selepas kelahiran .

Tuesday, December 21, 2010

Kaki Di Perut..

Surah Gaffir ayat [62] yang
Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)
Insan  istimewa yang dianggap titisan dewa  menjadikan anak cilik yang berusia 8 tahun Deepak Kumar Paswan ini menjadi perhatian dunia, walaupun tidak normal seperti teman sebaya sepermainannya.
8 tahun Deepak Kumar Paswan menderita kerana kembar parasit.
Kumar yang lahir dengan kelainan di tubuhnya ada sepasang kaki  di bahagian perut yang dalam istilah medik disebut parasit, sehingga dia merasa tidak selesa  bermain bersama  kawan-kawannya. Namun kelainan yang dimiliki Kumar ini   menjadikan masyarakat setempat memuja  dirinya sebagai titisan dewa,t menurut ayahnyaVeeresh Paswan ,yang tinggal di kota Bihar wilayah timur India menyatakan hasrat kini Kumar ingin  mejalankan pembedahan kerana tidak selesa dengan kembar parasitnya. Kumar yang diramal oleh doktor tidak boleh hidup lama berjaya menyangkal dakwaan doktor. Namun dia sebagai anak dari keluarga kelas sederhana tidak mampu menjalani pembedahan tersebut kerana faktor kewangan.

Kekuasaan ALLAH...


Walaupun bermacam amaran dan petanda telah ditunjuki oleh illahi namun manusia tetap lalai dengan godaan dunia, mari sama-sama kita berdoa sesama kita supaya sentiasa di bawah lindungannya dalam setiap perbuatan dan amalan harian kita dan kita dapat melalui hidup yang singkat ini dengan redho Illahi....amin

 A045
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).

Monday, December 20, 2010

Tanda-tanda kiamat Besar


Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim
  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina .
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Sunday, December 19, 2010

Dendam sifat yang tercela

 Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat,  bebas dari rasa dendam yang sentiasa menggoda manusia. Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sihat, ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang . Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaan dan mengampuni dosanya. Demikianlah seorang muslim,  jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Karena perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati, yang dapat merembeskan iman keluar dari hati dan merusak amal soleh, bahkan menghancurkannya. Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah. , sebagaimana di gambarkan dalam Al-Qur'an yang artinya: 

"Yang orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa 'Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha penyantun lagi maha penyayang". (Al-Hasyr: 10). Apabila rasa permusuhan telah tumbuh dengan suburnya, sampai berakar, dapat mengakibatkan hilangnya rasa kasih sayang . Dan  menjurus kearah perbuatan dosa-dosa kecil, dan akhirnya dapat mengarah kepada dosa-dosa besar yang mengakibatkan turunnya kutukan Allah. 

Sabda Nabi saw yang artinya: "Maukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, solat dan sedekah?, Jawab sahabat: "Tentu mau". Sabda Nabi saw: "yaitu mendamaikan di antara kamu, karena rosaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perosak agama". (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).  

 Islam melarang memutuskan hubungan dan berbantah-bantahan. Memutuskan hubungan sesama muslim dilarang, sebagaimana sabda nabi saw yang artinya:

 "Janganlah kamu putus hubungan, belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut. Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari". (HR. Bukhori dan Muslim). 

Dalam hadits ini dinyatakan batas tiga hari, kerana pada waktu tiga hari kemarahan sudah  reda dan setelah itu wajib bagi seorang muslim, untuk menyambung kembali hubungan tali persaudaraan. Karena putusnya tali persaudaraan ini tak ubahnya seperti awan hitam atau mendung apabila telah di hembus angin, maka hilanglah mendungnya dan cuaca pun menjadi bersih dan terang kembali. Ringkasnya, hendaknya orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti rasa dendam, iri hati, dan dengki selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat, bahwa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama, sepanjang hidupnya saja, bahkan mungkin sebelum itu. 

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang artinya: "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32). Oleh Abbas Shofwan Matla'il Fajr

Sebab-sebab anak lari dari rumah

1.    Ibubapa yang tidak memikirkan tentang anak-anak
2.    Penggunaan bahasa yang tidak betul
3.    Menegur Kesilapan anak dengan Maki Hamun
4.    Kerap Berleter 
5.    Kurang Komunikasi 
6.    Tiada Masa Senda Gurau 
7.    Mungkir Janji 
8.    Tiada masa berkualiti seperti solat jemaah
9.    Suka mengungkit kesilapan yang pernah dilalukan anak.  
10.  Sering Bertengkar di hadapan anak
11.  Menceritakan aib pasangan di hadapan anak-
12.  Sibuk dengan karier hingga mengabaikan anak
13.  Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
14.  Tidak  Memberikan Penghargaan Terhadap Anak-Anak
15.  Pilih Kasih Terhadap Anak-Anak
16.  Kasih Sayang Kurang Dizahirkan
 

Saturday, December 18, 2010

Kek Coklat Pandan Kukus


by Maznah Long on Friday, December 17, 2010 

Bahan-bahan

• 1 cawan susu pekat
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair@minyak 1cawan (pilih lah mana 1 atau +,tp 1cawan jek)
• 1 caman gula
...
Bahan B:-

• 2 cawan tepung cap bluekey

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanilla

Bahan D
1 cawan serbuk koko
Emulco pandan

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5.bahagikan kepada 2adunan & taruh lah pandan emulco n serbuk koko.
Pastu tuanglah selang seli n ambik lidi lorekkan dalam adunan tu..
6.. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
7. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil

Thursday, December 16, 2010

Mak mertua wajarkah tinggal sebumbung


Bagaimana hubungan anda dengan mertua atau menantu anda? 

1. Erat..
2. Akrab.. 
3. Boleh la..

Atau.. 

1. Dingin..
2. Tegang..
3. Hampeh..

Cuba anda lihat ini pulak..

1. Bapak Mertua vs Menantu Lelaki = Biasanya ok
2. Bapak Mertua vs Menantu Perempuan = No hal
3. Mak Mertua vs Menantu Lelaki = Pun rasanya ok jugak 
4. Mak Mertua vs Menantu Perempuan = Yang ni pun ok gak tapi ada segelintir yang tak ok ..

Anda dikategori yang mana? Jika hubungan anda dengan mertua atau menantu anda bagus… Alhamdullillah.. Bagaimana pulak jika sebaliknya?? Apakah yang menyebabkan hubungan dingin ini? Adakah ini faktor-faktornya :

1. Bukan menantu pilihan
2. Perbezaan taraf hidup 
3. Perbezaan cara hidup
4. Perbezaan adat dan budaya
5. Perbezaan fahaman politik
6. Masalah ekonomi
7. Anda tinggal sebumbung dengan menantu atau mertua anda 

Saya ingin membincangkan tentang menantu wanita dan ibu mertua yang tinggal sebumbung. Mereka tinggal sebumbung mungkin kerana :

1. Masalah susah mendapatkan kediaman
2. Ingin menjaga mertua yang sakit
3. Pasangan anda adalah ‘anak emak’
4. Ingin menjaga mertua yang tinggal sendirian
5. Mak mertua menjaga anak anda
6. Masalah kewangan

Apa pun alasannya, saya percaya pada awalnya hubungan mereka memang baik. Sesetengah hubungan ini keruh akibat daripada mereka tinggal bersama di dalam jangka waktu yang lama. Dalam waktu itu akan terbongkar sedikit demi sedikit perangai dan keegoan masing2 dan akhirnya tercetus perang dingin. Faktor – faktor utama yang munyumbang ke arah ini adalah seperti berikut :

1. Mak mertua dan menantu perempuan mempunyai cara tersendiri menguruskan rumah tangga
2. Perbezaan pendapat tentang sesuatu hal
3. Masing – masing teguh dengan pendirian tersendiri
4. Wanita zaman kini yang lebih berani mengutarakan pendapat sendiri
5. Perbezaan di anatara adat, budaya dan cara hidup

Ditambah dengan sebab-sebab remeh lain , hal ini menjadi semakin serius, suami si isteri dan anak lelaki si ibu tadi menjadi tersepit di tengah-tengah. Diibaratkan seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, saya menggalakkan agar pasangan yang ingin berkahwin supaya berfikir  sebelum membuat keputusan untuk tinggal bersama mertua. Jika keadaan mengizinkan, biarlah anda bersama pasangan anda hidup berdikari sendiri di dalam melayari bahtera rumahtangga. Jika yang sednag menghadapi masalah ini, saya memberi cadangan anda berpindah dari rumah mertua kerana percayalah pepatah lama ada mengatakan ‘dekat bau busuk, jauh bau wangi’.

Nota: Ini sekadar pendapat dan tidak berunsur hasutan. Tidak ada kena-mengena samada dengan individu yang hidup atau pun yang telah mati. Ditegaskan di sini tidak semua ibu mertua dan menantu perempuan mempunyai hubungan dingin seperti yang dibincangkan di atas.

Sunday, December 12, 2010

Animated Salam Welcome Message - Islamic Widget by Alhabib

Animated Salam Welcome Message - Islamic Widget by Alhabib

Jangan Ikut Hawa Nafsu

Hawa nafsu merujuk pada sesuatu yang diingini oleh jiwa. Apabila hati dikuasai oleh hawa nafsu akan membawa kepada kebatilan dan  meninggalkan kebenaran orang yang di kuasai hawa nafsu mudah terheret kelembah dosa.

Firman Allah bermaksud,
      "Dan apabila datang kepada mereka al-kitab(al-Quran) dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang-orang kafir, maka apabila datang kepada, mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka mengingkarinya.Maka laknat Allah ke atas orang yang ingkari."(surah al-Baqarah :89)

Firman Allah bermaksud: "Dan jangalah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."(Surah Sadd: 26)  Hawa nafsu gemarkan kepada kemasyhuran dan mahu mengatasi orang dalam sesuatu hal.
Kata al- Zuhri. "kami tidak melihat sifat zuhud dalam sesuatu perkara lebih sedikit daripada zuhud pada pangkat. Kami melihat seorang lelaki zuhud pada makanan,minuman dan harta, namun apabila ditawarkan pangkat , dia bersungguh-sungguh padanya dan melampaui batasan."
Menjadi kewajiban kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu.

Saturday, December 11, 2010

Hukum orang yang tidak membayar hutang

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Friday, December 10, 2010

PANGGILAN DARI ALLAH SWT

Pertama

'Panggilan pertama adalah Azan'. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'. Masya Allah....... ..

Kedua
 Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. allamdulilah Ya Allah...
Ketiga

'Dan panggilan ke-3 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah...Insya Allah syurga adalah balasannya..

** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.Kelima, orang yang suka minum arak.

Monday, December 6, 2010

Kisah disebalik bencana tsumani di Kepulauan Mentawai

ANTARA perbualan hangat dibualkan penduduk di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia selepas perkampungan itu dilanda bencana tsunami pada 25 Oktober lalu ialah kisah satu-satunya kanak-kanak lelaki yang terselamat di Dusun Sabue Gunggung, Desa Betumonga, Pulau Pagai Utara.Kanak-kanak itu dikenali sebagai Alex berusia enam tahun. Dia dikatakan masih bernyawa kerana sempat menjamah seulas durian sebelum membawa separuh daripada buah itu ke puncak pokok kelapa dengan ketinggian 12 meter. Dia, difahamkan memanjat pokok itu buat kali pertama dalam hidupnya.
Darius
 


Selepas tiga hari ombak tsunami mencecah hampir 6 meter melanda dan meranapkan perkampungan itu serta mengakibatkan 446 penduduk maut termasuk ahli keluarganya, Alex turun dari pokok kelapa dalam keadaan bersahaja sambil tangan kanannya memegang kulit durian.kanak-kanak itu tidak menghiraukan panggilan, sebaliknya berjalan terus sehingga ke pinggir pantai dalam keadaan hujan renyai-renyai.Menyedari tindakan Alex berpakaian seluar pendek dan kemeja-T berwarna putih merah yang mungkin akan mengancam dirinya, seorang petugas Basarnas bertindak mendukung dan membawanya ke tapak perkhemahan kumpulan penyelamat terbabit.

Dalam bahasa Minang, Alex mengucapkan perkataan durian dan kelapa berulang kali. Dia juga menceritakan detik tsunami melanda dusunnya dan keajaiban menikmati durian di puncak pokok kelapa ketika air besar dan tinggi sedang ‘menelan’ perkampungannya. 
Alex kemudian mengadu lapar dan diberi makan mi segera sebelum dibiarkan tidur sendirian. Sementara itu, petugas meneruskan kerja mengangkat dan mengebumikan mayat. Bagaimanapun, dalam tempoh dua jam Alex dibiarkan sendirian, kanak-kanak itu menghilangkan diri bersama kulit durian dan hingga kini dikatakan masih belum muncul.

Petugas Basarnas berusaha mencari Alex hingga ke Pulau Sikakap iaitu pekan kecil yang menyediakan hospital dan pusat rawatan sementara milik Tentera Nasional Indonesia (TNI), tetapi dia gagal dikesan.  Satu lagi kisah seorang budak kecil yang bernama Darius  kini hidup sebatang kara  apabila ibu bapa serta dua kakaknya menjadi korban ‘dibaham’ ombak tsunami.

Rutin hariannya selama dua minggu sejak kejadian itu adalah dia akan singgah ke kubur ibunya setiap kali melalui tapak perkuburan selepas mengambil barangan makanan dari khemah Basarnas. Dia hanya inginkan tiga tin sardin.

Difahamkan, sardin adalah makanan kegemaran ahli keluarganya malah setiap kali singgah ke tapak perkuburan dia akan menceritakan keperitan hidupnya selain melahirkan rasa rindu kepada ahli keluarga sambil menangis teresak-esak.

Bagaimanapun tangisannya hanya kedengaran lima minit sebelum dia memulakan perjalanan ke tapak khemahnya sambil bernyanyi riang dan membawa tiga tin sardin. Betapa kisah tragis sedih ini wajib menjadi pedoman bagi mereka yang masih mempunyai insan yang disayangi.   Semoga kita jadikan  detik hitam kehidupan mereka untuk kita lebih kuat dalam dugaan hidup. Petikan dari Berita Harian 29 nov 2010. oleh Suhana Roslan..