Thursday, December 16, 2010
Mak mertua wajarkah tinggal sebumbung
Bagaimana hubungan anda dengan mertua atau menantu anda?
1. Erat..
2. Akrab..
3. Boleh la..
Atau..
1. Dingin..
2. Tegang..
3. Hampeh..
Cuba anda lihat ini pulak..
1. Bapak Mertua vs Menantu Lelaki = Biasanya ok
2. Bapak Mertua vs Menantu Perempuan = No hal
3. Mak Mertua vs Menantu Lelaki = Pun rasanya ok jugak
4. Mak Mertua vs Menantu Perempuan = Yang ni pun ok gak tapi ada segelintir yang tak ok ..
Anda dikategori yang mana? Jika hubungan anda dengan mertua atau menantu anda bagus… Alhamdullillah.. Bagaimana pulak jika sebaliknya?? Apakah yang menyebabkan hubungan dingin ini? Adakah ini faktor-faktornya :
1. Bukan menantu pilihan
2. Perbezaan taraf hidup
3. Perbezaan cara hidup
4. Perbezaan adat dan budaya
5. Perbezaan fahaman politik
6. Masalah ekonomi
7. Anda tinggal sebumbung dengan menantu atau mertua anda
Saya ingin membincangkan tentang menantu wanita dan ibu mertua yang tinggal sebumbung. Mereka tinggal sebumbung mungkin kerana :
1. Masalah susah mendapatkan kediaman
2. Ingin menjaga mertua yang sakit
3. Pasangan anda adalah ‘anak emak’
4. Ingin menjaga mertua yang tinggal sendirian
5. Mak mertua menjaga anak anda
6. Masalah kewangan
Apa pun alasannya, saya percaya pada awalnya hubungan mereka memang baik. Sesetengah hubungan ini keruh akibat daripada mereka tinggal bersama di dalam jangka waktu yang lama. Dalam waktu itu akan terbongkar sedikit demi sedikit perangai dan keegoan masing2 dan akhirnya tercetus perang dingin. Faktor – faktor utama yang munyumbang ke arah ini adalah seperti berikut :
1. Mak mertua dan menantu perempuan mempunyai cara tersendiri menguruskan rumah tangga
2. Perbezaan pendapat tentang sesuatu hal
3. Masing – masing teguh dengan pendirian tersendiri
4. Wanita zaman kini yang lebih berani mengutarakan pendapat sendiri
5. Perbezaan di anatara adat, budaya dan cara hidup
Ditambah dengan sebab-sebab remeh lain , hal ini menjadi semakin serius, suami si isteri dan anak lelaki si ibu tadi menjadi tersepit di tengah-tengah. Diibaratkan seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, saya menggalakkan agar pasangan yang ingin berkahwin supaya berfikir sebelum membuat keputusan untuk tinggal bersama mertua. Jika keadaan mengizinkan, biarlah anda bersama pasangan anda hidup berdikari sendiri di dalam melayari bahtera rumahtangga. Jika yang sednag menghadapi masalah ini, saya memberi cadangan anda berpindah dari rumah mertua kerana percayalah pepatah lama ada mengatakan ‘dekat bau busuk, jauh bau wangi’.
Nota: Ini sekadar pendapat dan tidak berunsur hasutan. Tidak ada kena-mengena samada dengan individu yang hidup atau pun yang telah mati. Ditegaskan di sini tidak semua ibu mertua dan menantu perempuan mempunyai hubungan dingin seperti yang dibincangkan di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment