Hawa nafsu merujuk pada sesuatu yang diingini oleh jiwa. Apabila hati dikuasai oleh hawa nafsu akan membawa kepada kebatilan dan meninggalkan kebenaran orang yang di kuasai hawa nafsu mudah terheret kelembah dosa.
Firman Allah bermaksud,
"Dan apabila datang kepada mereka al-kitab(al-Quran) dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang-orang kafir, maka apabila datang kepada, mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka mengingkarinya.Maka laknat Allah ke atas orang yang ingkari."(surah al-Baqarah :89)
Firman Allah bermaksud: "Dan jangalah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."(Surah Sadd: 26) Hawa nafsu gemarkan kepada kemasyhuran dan mahu mengatasi orang dalam sesuatu hal.
Kata al- Zuhri. "kami tidak melihat sifat zuhud dalam sesuatu perkara lebih sedikit daripada zuhud pada pangkat. Kami melihat seorang lelaki zuhud pada makanan,minuman dan harta, namun apabila ditawarkan pangkat , dia bersungguh-sungguh padanya dan melampaui batasan."
Menjadi kewajiban kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu.
No comments:
Post a Comment