Friday, August 20, 2010

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT

> SUBUH:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi
> Adam a.s., iaitu
> tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
> Perkara pertama
> yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
> yang amat sangat.
> Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
> bersembahyang dua
> rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari
> kegelapan malam.
> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah
> menjelma.

> ZOHOR:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi
> Ibrahim
> a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya
> agar menyembelih
> anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada
> waktu tergelincir
> matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan
> juga anaknya.
> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan
> Allah.
> Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan
> dengan tebusan kibas.

> ASAR:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi
> Yunus a.s.,tatkala
> baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan
> nun telah
> memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu
> telah masuk waktu
> Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
> empat rakaat kerana
> baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan
> iaitu:
> Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

> MAGHRIB:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah
> Nabi Isa
> a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan
> dan kebodohan
> kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
> Bersyukurlah Nabi Isa
> lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
> kejahilan tersebut,
> iaitu:
> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada
> Allah yang Maha
> Esa.
> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
> atas ibunya Siti
> Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
> Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
> hanya satu iaitu
> Allah jua, tiada dua atau tiga.

> ISYAK:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi
> Musa a.s. Pada
> ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar
> dari negeri Madyan,
> sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah
> lalu
> menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
> Isyak yang
> akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai

> tanda bersyukur.

> Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
.
> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wednesday, August 18, 2010

TANGGUNG JAWAB ISTERI

        TAAT
    Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri ialah taat dan patuh kepada suaminya.  Suami perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.
    Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
    Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap  orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
    (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
    Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membanta
    Sabda Rasulullah SAW:Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
        MELAYANI SUAMI
    Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
    Sabda Rasulullah SAW:
    Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
    (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah). 
        MENGURUS RUMAHTANGGA
    Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Wang perbelanjaan pemberian suami perli digunakan dengan bijak.
         MENJAGA  MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
    Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
    Firman Allah:
    Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    (Al-Ahzab: 59)
     MENYENANGKAN HATI SUAMI
    Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami.
    PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
    Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah.
     
Tanggungjawab Suami

  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3.  Melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang. Sabda Rasullulah saw“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud). Al Quran pula mewajibkan para suami supaya.... “…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
  4. Suami mesti mebimbing isteri mereka dengan didikan agama dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya.
  5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan waima tutur kata .
  6. Memenuhi nafkah zahir dan batin mengikut kadar kemampuan suami.
 Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7) 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

7.Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
8.Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.





Tuesday, August 17, 2010

RESEPI DADIH

Ingredients :

4 litres water
440 g coffeemate (coffee creamers)
500 g sugar
1 can evaporated milk
1 packet Crystal Jelly powder (original flavour) - 10g
flavouring ~ strawberry, vanilla, chocolate, coffee...

Method :

1. Boil water on medium heat.
2. Add in jelly powder and stir well.
3. Add in coffeemate and keep on stirring.
4. Pour in the evaporated milk.
5. Add in sugar, stir and taste. You can add more or lessen the sugar to suit your taste.
6. Leave to boil for about 3 to 5 minutes. Remove from heat.
7. Pour a bit of the liquid in a small jug, add in the flavouring and pour into small containers.
8. Repeat step 7 with different flavours.
9. Keep in the fridge to set.

RESEPI KUIH BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN

>300g Tepung pulut
>1 ketul gula melaka
>jus daun pandan (untuk mewarnakan) atau pewarna hijau
>sedikit garam
>kelapa muda di parut

CARA MEMBUATNYA

Tuangkan air jus pandan(20 helai daun pandan) ke atas tepung dan sedikit garam, uli hingga menjadi doh. Leperkan aduanan sebesar duit lima puluh sen. Letakkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengah, kemudian bentukkan bulat_bulat seperti guli dan masukkan kedalam air panas menggelegak(perlu sentiasa menggelegak sehingga aduanan habis dimasak).Tunggu sehingga kuih timbul ke atas permukaan air. Kemudian golekkan kuih di atas kelapat parut yang dicampur dengan sedikit garam.

Monday, August 16, 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
ialah baik dari segi sumbernya halal, berzat, dan bersih . Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan merosakkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir begini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.



KESELAMATAN

Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

TIPS BERJAYA DALAM BISNES/PERNIAGAAN

1.BERANI MEMULAKAN LANGKAH

Kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. tapi di manakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya.
 
2. BERANI MENGELUARKAN MODAL

Semua sedia maklum perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, namun anda tidak berani untuk mengeluarkan modal? Jadi bagaimana anda boleh berjaya?.

3.BERANI RUGI/ DARE TO FAIL

Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara lebih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini bererti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.

4. BERUSAHA KERAS

Orang yang malas  TIDAK  akan memperolehi kejayaan dalam hidupnya. Berusaha keras untuk berjaya dan maju.

5. TIRU LANGKAH ORANG YANG BERJAYA

Pernahkah anda dengar ayat ni, "don't be your self. copycat others untuk berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Kerana, segalanya terletak pada diri sendiri

Friday, August 13, 2010

KUAH NASI DAGANG

Untuk Kuah:

1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
segenggam lengkuas setelah dihiris
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
1 labu bawang putih (yang besar)
2 inci halia
3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
kerisik dari 1/2 biji kelapa
santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
2 inci kulit kayu manis

Thursday, August 12, 2010

TIPS KEJAYAAN

TIPS KEJAYAAN-5 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN

1*Pembakar Semangat
Anggap ejekan atau sindiran sebagai satu cabaran untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi,
=Contohnya,sekiranya ahli keluarga atau kawan anda mentertawakan anda apabila anda memberitahu mereka bahawa anda hendak berniaga,jadikan sindiran tersebut sebagai satu alat yang membakar semangat(burning desire)untuk anda memulakan perniagaan tersebut,percayalah mereka akan menghentikan sindiran mereka apabila melihat anda berjaya dalam perniagaan anda

2*Berfikiran postif(positive mindset)
=Positive mindset ialah, sekiranya kita hendak melakukan sesuatu sama ada ingin berjaya dalam perniagaan ,pekerjaan mahupun pelajaran,kita perlu setkan dahulu minda kita ke landasan yang betul cthnya “Aku ialah seorang usahawan,/pekerja/pelajar yang berjaya dalam hidup aku dan aku akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup ini,aku ialah seorang yang cemerlang”,ucapkanlah kata2 ini selalu dan anda akan melihat perubahan dalam hidup anda.Insya-Allah

3*Fokus
=Di dalam memulakan sesuatu perkara kita mestilah sentiasa fokus 100 % terhadap perkara tersebut sahaja kerana minda kita hanya boleh fokus kepada satu perkara dalam sesuatu masa.

4*Kaizen
=Satu budaya yang diamalkan oleh orang Jepun iaitu peningkatan secara berterusan,contohnya hari ni anda letak 1% usaha dalam mencapai kejayaan,esoknya anda tambahkan lagi 1% sehinggalah anda mencapai 100% dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup anda. Carilah ilmu dengan banyakkan membaca buku yang berkaitan dengan bidang anda.

5*Sabar
=Anda harus sedar bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sekelip mata sahaja.


“Always happy”
“Keep smiling”

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Monday, August 9, 2010

Tips untuk isteri solehah

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah.

1. Apabila berbual berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba masak yang paling sedap utk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakan kerja  pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Kemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita
.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan , merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru,  Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri.  Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .