- Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
- Membayar mas kahwin kepada isterinya.
- Melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang. Sabda Rasullulah saw“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud). Al Quran pula mewajibkan para suami supaya.... “…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
- Suami mesti mebimbing isteri mereka dengan didikan agama dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya.
- Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan waima tutur kata .
- Memenuhi nafkah zahir dan batin mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
7.Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
8.Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
No comments:
Post a Comment