Thursday, August 12, 2010

TIPS KEJAYAAN

TIPS KEJAYAAN-5 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN

1*Pembakar Semangat
Anggap ejekan atau sindiran sebagai satu cabaran untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi,
=Contohnya,sekiranya ahli keluarga atau kawan anda mentertawakan anda apabila anda memberitahu mereka bahawa anda hendak berniaga,jadikan sindiran tersebut sebagai satu alat yang membakar semangat(burning desire)untuk anda memulakan perniagaan tersebut,percayalah mereka akan menghentikan sindiran mereka apabila melihat anda berjaya dalam perniagaan anda

2*Berfikiran postif(positive mindset)
=Positive mindset ialah, sekiranya kita hendak melakukan sesuatu sama ada ingin berjaya dalam perniagaan ,pekerjaan mahupun pelajaran,kita perlu setkan dahulu minda kita ke landasan yang betul cthnya “Aku ialah seorang usahawan,/pekerja/pelajar yang berjaya dalam hidup aku dan aku akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup ini,aku ialah seorang yang cemerlang”,ucapkanlah kata2 ini selalu dan anda akan melihat perubahan dalam hidup anda.Insya-Allah

3*Fokus
=Di dalam memulakan sesuatu perkara kita mestilah sentiasa fokus 100 % terhadap perkara tersebut sahaja kerana minda kita hanya boleh fokus kepada satu perkara dalam sesuatu masa.

4*Kaizen
=Satu budaya yang diamalkan oleh orang Jepun iaitu peningkatan secara berterusan,contohnya hari ni anda letak 1% usaha dalam mencapai kejayaan,esoknya anda tambahkan lagi 1% sehinggalah anda mencapai 100% dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup anda. Carilah ilmu dengan banyakkan membaca buku yang berkaitan dengan bidang anda.

5*Sabar
=Anda harus sedar bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sekelip mata sahaja.


“Always happy”
“Keep smiling”

No comments:

Post a Comment