Wednesday, August 18, 2010

TANGGUNG JAWAB ISTERI

        TAAT
    Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri ialah taat dan patuh kepada suaminya.  Suami perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.
    Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
    Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap  orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
    (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
    Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membanta
    Sabda Rasulullah SAW:Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
        MELAYANI SUAMI
    Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
    Sabda Rasulullah SAW:
    Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
    (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah). 
        MENGURUS RUMAHTANGGA
    Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Wang perbelanjaan pemberian suami perli digunakan dengan bijak.
         MENJAGA  MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
    Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
    Firman Allah:
    Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    (Al-Ahzab: 59)
     MENYENANGKAN HATI SUAMI
    Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami.
    PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
    Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah.
     

No comments:

Post a Comment