Friday, August 20, 2010

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT

> SUBUH:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi
> Adam a.s., iaitu
> tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
> Perkara pertama
> yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
> yang amat sangat.
> Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
> bersembahyang dua
> rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari
> kegelapan malam.
> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah
> menjelma.

> ZOHOR:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi
> Ibrahim
> a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya
> agar menyembelih
> anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada
> waktu tergelincir
> matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan
> juga anaknya.
> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan
> Allah.
> Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan
> dengan tebusan kibas.

> ASAR:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi
> Yunus a.s.,tatkala
> baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan
> nun telah
> memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu
> telah masuk waktu
> Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
> empat rakaat kerana
> baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan
> iaitu:
> Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

> MAGHRIB:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah
> Nabi Isa
> a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan
> dan kebodohan
> kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
> Bersyukurlah Nabi Isa
> lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
> kejahilan tersebut,
> iaitu:
> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada
> Allah yang Maha
> Esa.
> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
> atas ibunya Siti
> Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
> Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
> hanya satu iaitu
> Allah jua, tiada dua atau tiga.

> ISYAK:

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi
> Musa a.s. Pada
> ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar
> dari negeri Madyan,
> sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah
> lalu
> menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
> Isyak yang
> akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai

> tanda bersyukur.

> Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
.
> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

No comments:

Post a Comment